KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan mula mengagihkan bantuan tunai RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir baru-baru ini pada awal Februari depan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ketika ini pihaknya sedang meneliti senarai nama KIR yang terlibat yang telah disahkan oleh pemimpin setempat. Menurutnya, kira-kira 16,000 KIR akan menerima bantuan itu bagi meringankan beban kewangan mereka akibat kemusnahan harta benda akibat bencana tersebut.…










