Banjir Sabah semakin buruk, 10,347 orang dipindahkan ke PPS

Banjir Sabah semakin buruk, 10,347 orang dipindahkan ke PPS

MANGSA terperangkap banjir di Pitas, Sabah dipindahkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir terjejas kini mencecah 10,347 orang berbanding 9,677 yang dilaporkan petang semalam.

Setakat pagi ini, 10,347 mangsa daripada 3,569 keluarga dipindahkan ke 34 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di enam daerah iaitu Kota Marudu, Paitan, Pitas, Telupid, Tawau dan Lahad Datu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, mangsa paling ramai adalah di Kota Marudu dengan seramai 7,358 orang daripada 2,553 keluarga dipindahkan ke 12 PPS.

Daerah kedua terjejas teruk adalah Pitas dengan seramai 1,522 orang daripada 530 keluarga.

Daerah Lahad Datu yang sebelum ini telah menutup PPS, kini dibuka semula bagi menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga setelah banjir kembali melanda daerah berkenaan.

Setakat ini, mangsa yang paling ramai adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek, Kota Marudu dengan seramai 1,361 mangsa daripada 477 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan.

Sementara itu, mangsa di tiga daerah lain masih kekal masing-masing dengan seramai 668 mangsa di Paitan, 109 mangsa dipindahkan ke PPS di Tawau dan 21 mangsa dipindahkan di Telupid. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya