Agong sambut ulang tahun keempat sebagai pemerintah

Agong sambut ulang tahun keempat sebagai pemerintah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut ulang tahun keempat sebagai Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut ulang tahun keempat sebagai Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.

Seri Paduka Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Pahang pada 11 Januari 2019 dan memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sejak 31 Januari 2019.

Sambutan untuk baginda dan Raja Permaisuri Agong,  Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diadakan dengan majlis bacaan yasin dan doa selamat di Surau Utama Istana Negara.

Majlis itu disertai paduka-paduka anakanda Seri Paduka Baginda dan kerabat-kerabat Diraja Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut menghadiri majlis itu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan beberapa Menteri Kabinet.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco kerajaan negeri.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN