Anwar tak mahu terus bermusuh dengan Tun M - Utusan Malaysia

Anwar tak mahu terus bermusuh dengan Tun M

GAMBAR kenangan Dr. Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan polemik ‘permusuhan’ atau ‘hubungan pasang surut’ antara beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berterusan.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, fokusnya kini adalah menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan enggan mengambil pusing pandangan yang tidak relevan dilontarkan oleh tokoh tersebut.

Menurut beliau, rakyat sudah memberi mandat kepadanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan hakikat tersebut perlu diterima oleh semua pihak.

“Belum ada apa-apa hubungan (situasi terkini) antara saya dengan beliau (Tun M). Saya pun hanya tumpu kepada kerja saya (sebagai Perdana Menteri) dan saya tidak sangat melayani kerenah atau celoteh beliau yang saya fikir tak begitu relevan.

“Rakyat sudah memilih dan kita diberi mandat untuk menjalankan kerja, saya tumpukan ke arah itu tapi saya juga tidak mahu ini dianggap permusuhan (dengan Mahathir) berterusan, tidak perlulah,” katanya pada rancangan temu bual televisyen Indonesia, Nation Hub: Special Interview Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan di saluran CNBC Indonesia.

Anwar berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai hubungannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang mana kedua-dua tokoh tersebut sentiasa menjadi tumpuan serta polemik pelbagai pihak terutama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sementara itu, Anwar turut menyifatkan keadaan politik Malaysia berbeza dengan negara luar kerana permusuhan politik dalam negara terlalu kuat.

Jelasnya, keadaan tersebut perlu diubah supaya sesi dialog politik terutama antara kerajaan dan pembangkang dapat dilakukan dengan baik.

“Siapa yang tidak mendukungnya (Dr. Mahathir) dianggap musuh dan situasi ini (permusuhan politik yang kuat) berkembang hingga kini. Tapi sekurang-kurangnya kita cepat bertindak (ubah kepada cara baharu) dengan memikirkan soal negara, masa depan serta kestabilan politik sehingga berjaya membentuk ‘gabungan’ dengan pendirian tata kelola baik serta menolak korupsi.

“Saya berharap pembangkang kita (di Malaysia) juga tidak terlalu mempertajam (permusuhan), dan saya juga minta mereka hindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menghukum serta mengkafirkan orang. Jika ini dapat diringankan, kita boleh berdialog dengan lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya