Annissa One Stop Centre bantu usahawan tempatan - Utusan Malaysia

Annissa One Stop Centre bantu usahawan tempatan

ZURAIDAH ZAHARI memasarkan produk-produk 'home based' keluaran usahawan tempatan di kabin yang dinamakan Annissa One Stop Centre, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Bermula sebagai pengusaha sos cili padi sejak dua tahun lalu, Zuraidah Zahari, 50, kini mengorak langkah untuk membantu memasarkan produk-produk ‘home based’ di Annissa One Stop Centre, di sini.

Menggunakan konsep vendor, Annissa One Stop Centre membantu usahawan-usahawan tempatan terutama suri rumah yang mempunyai produk keluaran sendiri untuk memasarkan hasil produk masing-masing.

Zuraidah berkata, Annissa One Stop Centre baru sahaja dibuka dua bulan lalu dengan matlamat membantu usahawan-usahawan tempatan menjual produk mereka di satu pusat sehenti.

“Saya berpengalaman sebagai pengeluar sos cili padi di bawah jenama Annissa dan mempunyai ramai rakan-rakan yang mengeluarkan produk sendiri yang menarik dan berkualiti tinggi.

“Namun, saya dapati produk keluaran usahawan tempatan sukar diperoleh di kedai-kedai runcit, jadi di situ timbul idea membuka pusat sehenti yang memasarkan produk saya dan usahawan lain,” katanya ketika ditemui di Annissa One Stop Centre, di sini.

Zuraidah yang merupakan ibu kepada tiga anak berusia 27 hingga 22 tahun berkata, dia menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli kabin dan mengubah suai bagi dijadikan pusat sehenti jualan produk-produk usahawan tempatan.

“Saya menggunakan dana persaraan untuk membuka pusat sehenti jualan produk usahawan tempatan kerana saya melihat potensi yang ada pada produk-produk ini.

“Kualiti, rasa dan harga produk usahawan tempatan setanding produk dijual di pasar raya, namun orang kita masih belum mahu memberi peluang kepada produk begini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.