Anggota polis tular iring wanita nyaris bersalin dalam kereta terima Anugerah Khas

Anggota polis tular iring wanita nyaris bersalin dalam kereta terima Anugerah Khas

LANS Koperal Mohammad Rizwan Razali (kanan) dan Lans Koperal Mohammad Najmi Daud menerima Anugerah Khas kerana tindakan mereka mengiringi kenderaan membawa wanita hendak bersalin di Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Tindakan pantas dua anggota polis trafik yang mengiringi kereta dinaiki ibu yang hampir bersalin ke hospital sejauh 20 kilometer di Bachok, Kelantan sehingga tular dianugerahkan Sijil Penghargaan Khas daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hari ini.

Menceritakan insiden terbabit, Lans Koperal Mohammad Rizwan Razali berkata, ketika itu dia bersama rakan setugasnya, Lans Koperal Mohammad Najmi Daud baru selesai menjalankan operasi di kawasan berkenaan.

Katanya, pada awalnya dia dalam perjalanan pulang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok namun terlihat sebuah kereta jenis Proton Wira memandu melawan arus dari Tangok ke Jelawat. 

Dia yang merupakan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok terkejut apabila mendapati pemandu tersebut membawa isterinya yang hampir bersalin dan perlu ke hospital dengan kadar segera.

“Melihat sahaja keadaan tersebut, saya terus memohon kebenaran dari ketua untuk mengiringinya ke klinik berdekatan.

“Bagaimanapun setibanya di klinik, saya dapati tiada ambulans di sana dan terus mengiring wanita berkenaan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu sejauh 20 kilometer,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.

Sementara itu, Mohammad Najmi berkata, dia hanya mendapat tahu tindakannya dengan rakan sekerjanya itu tular tiga hari selepas kejadian tersebut berlaku.

“Saya hanya menjalankan tugas dalam membantu orang awam yang dalam kesusahan dan kecemasan.

“Penghargaan ini saya akan jadikan pemangkin semangat untuk terus berkhidmat pada masa akan datang,”katanya.

Pada 25 Januari lalu, dua anggota polis trafik bertindak pantas mengiringi kereta dinaiki wanita yang sedang sarat mengandung ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Jelawat, Bachok, ke hospital berdekatan. 

Pasangan suami isteri itu selamat tiba di HPRZ II kira-kira pukul 8 malam sebelum wanita terbabit dibawa ke wad bersalin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.