Ammar Danis masih perlukan RM10,000

Ammar Danis masih perlukan RM10,000

IBU Ammar Danis Mohd. Faizal, Raudha Mohd. Ismail menerima sumbangan RM1,980 daripada wakil Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu di Taman Krubong Jaya, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kanak-kanak lelaki, Ammar Danis Mohd. Faizal, 10, yang menghidap masalah saraf otak membengkak masih memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 bagi mencukupkan kos pembedahan berjumlah RM35,000 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur pada Februari ini.

Bapanya, Mohd. Faizal Zakaria, 42, berkata, setakat ini wang yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM25,000, hasil sumbangan Jabatan Kerja Sosial HTCM dan orang ramai sejak tersiarnya berita mengenai penderitaan anaknya di Utusan Malaysia pada 10 November 2022.

“Doktor yang merawat anak saya sudah tetapkan Februari bagi menjalani pembedahan otak, namun, tarikhnya belum diputuskan.

“Cuma, saya kekurangan sebanyak RM10,000 bagi mencukupkan kos pembedahan keseluruhan sebanyak RM35,000, tempoh pula semakin dekat dan saya buntu untuk memohon bantuan kewangan,” katanya ketika ditemui.

Mohd. Faizal turut menerima sumbangan berjumlah RM1,980 daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu baru-baru ini.

Tambahnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga meluluskan permohonannya, namun belum dimaklumkan nilai dana bakal diterima.

“Saya turut mengemukakan surat permohonan bantuan kepada Pejabat Ketua Menteri Melaka pada 11 November lalu, namun, hingga sekarang tidak ada sebarang jawapan.

“Saya harap wang yang diperlukan dapat sebelum anak saya menjalani pembedahan Februari ini. Dia perlu menjalani pembedahan segera kerana dibimbangi berlaku darah beku dan jika terjadi, peluang anak saya untuk pulih adalah tipis,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang melalui akaun Maybank, 104068261720 (Mohd. Faizal Zakaria). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN