Adam Shahz, Fatin Afeefa gagal capai kata sepakat

Adam Shahz, Fatin Afeefa gagal capai kata sepakat

FATIN AFEEFA

SHAH ALAM: “Sebagai ayah, anak tetap keutamaan saya. Saya akan berjuang berhabis-habisan,” kata Adam Shahz ketika ditemui selepas prosi­ding perbicaraan berhubung hak penjagaan anak tunggalnya dengan Fatin Afeefa semalam.

Prosiding di Mahkamah Syariah Shah Alam di sini semalam menyaksikan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat sebelum mahkamah menetapkan kes didengar semula pada 28 Februari ini.

Adam yang juga pelakon memberitahu, dia akan me­lantik peguam bagi mewakili dirinya dan mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 7.

“Insya-Allah mungkin saya akan melantik peguam. Sebagai ayah, anak tetap keutamaan saya.

“Kalau ikutkan perkara ini tidak perlu dijadikan isu walaupun dah bercerai. Cuma saya perlukan hak saya juga,” kata­nya.

Tambah pelakon drama Juvana itu, sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan anaknya dan tiada cara lain untuk berjumpa dengannya me­lainkan mengheret kes tersebut ke mahkamah.

“Saya tidak ada tuntut apa-apa pun. Kalau tidak dapat tuntut hak penjagaan anak, sekurang-kurangnya beri hak untuk melawat,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan Fatin Afeefa gagal selepas prosiding ber­kenaan.-utusan

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN