19 mangsa penipuan RMMJ, kerugian RM122,000

19 mangsa penipuan RMMJ, kerugian RM122,000

MOHD. Jafni Md. Shukor ditemui selepas menghadiri Program Jom Turun@PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 19 kes penipuan sebagai ejen perumahan dikesan yang menjanjikan pembelian Rumah Mampu Milik Johor dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan kerugian RM122,000 direkodkan pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, kes tersebut dilaporkan berlaku sejak Julai tahun lalu.

Beliau berkata, lelaki yang menyamar sebagai ejen perumahan itu mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM5,000 terhadap mangsa yang dikenali menerusi rakan terdekat.

“Kita menerima empat aduan mangsa yang mendakwa mereka ditawarkan RMMJ di pejabat Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ). Hasil pemeriksaan yang dibuat, nama lelaki yang disebut itu tidak ada dalam sistem kami.

“Kita juga telah meminta Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat untuk melakukan siasatan lanjut. Hasilnya, sebanyak 19 kes dikesan dengan kerugian membabitkan RM122,000,” katanya ditemui selepas Program Jom Turun@PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar, di sini hari ini. 

Mohd. Jafni berkata, lelaki berusia 55 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Johor Bahru, bulan lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan pemohon RMMJ dan rumah PPR.

Lelaki itu menggunakan beberapa ejen di bawahnya dan akan bertemu dengan mangsa menerusi kenalan terdekat bagi memberikan tawaran palsu tersebut.

Mohd. Jafni mengingatkan orang awam bahawa pihak PKPJ tidak melantik mana-mana ejen atau orang tengah bagi permohonan RMMJ dan PPR di negeri ini.

“Kami ingatkan pembeli dan pemohon bahawa kita di peringkat kerajaan negeri tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk permohonan rumah, rakyat kena tahu itu. Segala permohonan boleh dibuat terus ke laman sesawang e-perumahan.

“Jangan mudah tertipu dengan helah ejen atau orang tengah yang kononnya mampu tawarkan rumah dengan kenakan bayaran deposit.

“Pada bulan lalu, kita masih lagi menerima laporan mengenai kes penipuan itu. Kita minta Ketua Polis Johor untuk membuat siasatan segera,” katanya. 

Tambahnya, orang ramai juga diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan iklan rumah mampu milik dalam laman sosial yang mengelirukan dengan menawarkan rumah termasuk unit melebihi RM150,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya