Women Talk musim kedua kupas isu cerai

Women Talk musim kedua kupas isu wanita, keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu perceraian yang turut mengheret anak-anak tidak berdosa sebagai mangsa merupakan antara topik yang dibincangkan dalam program bual bicara, Women Talk musim kedua.

Penerbit, Datin Elaine Daly berkata, topik kekeluargaan tersebut sangat penting bagi mendidik masyarakat tentang tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dan sokongan emosi terhadap mereka, khususnya selepas pandemik Covid-19.

Jelasnya, perbincangan dan perkongsian tentang isu semasa serta hal ehwal kehidupan wanita masih menjadi topik pilihan yang menampilkan tetamu profesional berkongsi nasihat dan panduan kepada penonton.

“Kita sentiasa buat perbincangan bagi menambah baik kandungan program dan menilai respons penonton sejak musim pertama.

“Sudah tentu, kita sangat gembira kerana musim pertama program mendapat respons sangat baik hingga dicalonkan dalam anugerah Asian Television Awards di Singapura. Pihak produksi juga yakin untuk meneruskan program ini bagi musim ketiga,” katanya.

Mengulas lanjut, Elaine berkata, untuk musim kedua, program itu menampilkan hos baharu yang dipilih berdasarkan sesi uji bakat bagi mencari keserasian antara pengacara.

Katanya, hos juga perlu mempunyai kemahiran mengendalikan program dan menguasai pelbagai topik kerana pihak produksi tidak mahu pengacara yang terlalu mengikut skrip.

“Kita berjaya melihat keserasian antara kedua-dua pengacara baharu dan mereka mampu ad-lib dengan baik sepanjang siaran langsung.

“Pengacara juga perlu bijak memahami isu yang dibincangkan. Antara tetamu yang diundang ialah Yuri Tiru Pillai Schneider yang menulis buku tentang Two Homes One Family,” jelasnya.

Program 13 episod yang disiarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya di TV3 menampilkan gandingan hos, Deborah Henry dan Zoraya Vadillo.

Deborah merupakan Miss World Malaysia 2007 yang bergiat aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selama 15 tahun.

Sempena episod ketujuh, program ini akan dimeriahkan dengan acara Brunch with Women Talk yang disiarkan secara langsung dari sebuah hotel di ibu negara.

Dijangka seramai 250 tetamu akan menghadiri program tersebut pada 10 Disember ini, bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya