Wanita dituduh tipu pinjaman rumah - Utusan Malaysia

Wanita dituduh tipu pinjaman rumah

Pinjaman rumah
SITI Nur Atiqah Baba (tengah) hadir di Mahkamah Klang, Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pemilik sebuah syarikat pemaju hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan penipuan menawarkan pinjaman rumah berjumlah RM25,900 yang tidak wujud, empat tahun lalu.

Pemilik syarikat tersebut, Siti Nur Atiqah Baba, 33, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan.

Mengikut kertas pertuduhan, Siti Nur Atiqah dituduh memperdayakan seorang wanita berumur 29 tahun untuk membayar deposit 10 peratus berjumlah RM25,900 atas pinjaman daripada sebuah bank yang tidak wujud.

Tertuduh, didakwa membuat kesalahan tersebut dekat sebuah pasar raya besar di Klang antara 2 hingga 7 Mac 2018.

Justeru, wanita itu dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hanis Zulkapli kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM10,000, sebelum dirayu peguam yang mewakili Siti Nur Atiqah, R. Nadarajan.

Nadarajan memaklumkan bahawa anak guamannya kini sedang cuti sakit sejak dua bulan lalu, lantas hal ini menjejaskan pendapatan Siti Nur Atiqah dan memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000.

Bagaimanapun Noorjidah kemudian menetapkan ikat jamin terhadap Siti Nur Atiqah sebanyak RM4,500 dan sebutan semula kes pada 13 Februari depan.

Sebelum ini, Siti Nur Atiqah berdepan dengan pelbagai isu dan pernah mendakwa syarikatnya mampu membuat rumah di bawah harga pasaran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya