UMK sedia kerah 500 sukarelawan bantu mangsa banjir

UMK sedia kerah 500 sukarelawan bantu mangsa banjir

DR. Razli Che Razak (lima kiri) bersama wakil Media Mulia Kelantan pada Majlis Makan Malam pengamal media di Kota Bharu, Kelantan, semalam- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedia mengerahkan 500 anggota sukarelawan bagi membantu penduduk di negeri ini yang terjejas dengan banjir.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, sukarelawan yang digelar Briged Wirawan UMK Vengers sudah dilengkapi dengan pelbagai latihan dan pendedahan awal berkait dengan pengurusan bencana bagi memastikan penugasan berjalan lancar.

“Misi kita tidak tertumpu kepada bencana di Kelantan semata-mata, pada masa sama  briged ini juga bergerak aktif memberi bantuan di luar kawasan seperti pasca banjir di Terengganu, Baling, Kedah, Bentong dan Temerloh, Pahang pada tahun lepas.

“Menariknya, briged ini terdiri daripada kakitangan dan sukarelawan pelajar melibatkan tiga kampus iaitu Kampus Kota, Bachok dan Jeli. Briged tersebut dipengerusikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dr. Mohammad Ismail,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Bersama Media di sini malam tadi.

Dr. Razli memberitahu, selain itu, briged tersebut juga memberi bantuan dalam bentuk Kotak Makanan atau barang keperluan asas kepada keluarga pelajar UMK yang terjejas banjir.

Katanya, Briged Wirawan UMK Vengers ini antara pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dalam melaksanakan misi pasca banjir ke kawasan yang terjejas di seluruh pelusuk negara.

“Kita juga sudah membuka bilik gerakan banjir untuk mereka yang terjejas bagi mendapatkan bantuan terutama di negeri ini.

“Selain bantuan membersih dan mencuci kediaman yang terjejas banjir turut dilakukan, UMK turut memberi khidmat kaunseling bagi membantu memulihkan semangat kesihatan mental dan fizikal dalam komuniti setempat,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.