Tujuh penuntut IPT homoseksual hidap HIV sepanjang tahun lalu

Tujuh penuntut IPT homoseksual hidap HIV sepanjang tahun lalu

DR. ZAINI Hussin (dua dari kiri) melawat booth tentang pencegahan HIV/AIDS pada Sambutan Hari Aids Sedunia 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Tunjong, Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan seramai tujuh penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini yang terlibat dalam aktiviti homeseksual menghidap penyakit HIV sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 54 individu yang dijangkit penyakit berkenaan selepas terlibat dengan aktiviti tersebut.

Menurutnya, walaupun jumlah penglibatan penuntut IPT itu tidak tinggi, namun JKNK mengambil serius berhubung kes berkenaan.

“Hal ini kerana JKNK bimbang peningkatan akan berlaku pada masa akan datang. Situasi itu dibimbangi boleh memberikan implikasi kepada institusi keluarga, perkhidmatan perubatan atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari AIDS Sedunia 2022 Peringkat negeri di Tunjong, hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, bagaimanapun JKNK melihat berlaku peningkatan ketara jangkitan dalam kalangan homoseksual daripada 15.9 peratus kepada 49.1 peratus.

Katanya, peningkatan itu melibatkan tempoh enam tahun bermula 2016 sehingga 2021.

“Untuk makluman, kadar notifikasi HIV di Kelantan ketika ini menunjukkan penurunan yang ketara iaitu 27.5 per 100,000 penduduk pada 2010, 10.8 per 100,000 penduduk (2016) dan 4.25 per 100,000 penduduk (2021).

“Jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah secara suntikan juga menurun dengan konsisten,” ujarnya.

Dr. Zaini berkata, masyarakat perlu memahami isu HIV dan AIDS sekali gus dapat membuang stigma selain diskriminasi terhadap pesakitnya agar mereka dapat hidup seperti biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN