Tipu tak terasa bila dikecam - Eyka Farhana - Utusan Malaysia

Tipu tak terasa bila dikecam – Eyka Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Eyka Farhana tidak dapat menyembunyikan rasa kecil hati apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir warganet, terutama melibatkan penampilannya yang dikatakan semakin seksi.

Namun. jelas pelakon Budak Tebing itu, dia tidak mahu terlalu larut dalam emosi sehingga menganggu kesihatan mentalnya.

“Tipu kalau tidak terasa bila baca komen. Jadi, untuk jauhkan perasaan itu, saya pilih untuk tidak baca komen. Saya lakukan untuk jaga kesihatan mental sendiri.

“Tetapi, ada juga yang menyampai dan bertanya. Bila ada komen melampau atau berunsur lucah, saya sekat akaun itu terus. Apatah lagi jika melibatkan keluarga, itu sangat melampau.

“Nasihat dan teguran itu ada caranya. Kalau peminat tegur dengan baik, saya terbuka dan terima. Cuma, kalau sampai maki hamun atau menggunakan perkataan tidak sesuai, saya sekat. Untuk kebahagiaan diri, saya kena elak semua itu,” kata pelakon berusia 27 tahun itu.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan dia semakin seksi, Eyka berkata, isu itu sudah berulang kali disensasikan dan dia juga kerap menjawab kecaman segelintir warganet mengaitkan imejnya itu.

“Dari dulu, saya ada cara pemakaian sendiri. Seksi ini subjektif, bergantung penerimaan orang terhadap saya. Mungkin ada yang sudah terbiasa melihat penampilan saya di dalam drama, jadi mereka mengharapkan saya kekal begitu.

“Saya sudah banyak kali jawab isu ini. Saya okay sahaja. Kalau keterlaluan, saya tidak akan pakai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya