Tiga penunggang motosikal cedera akibat tumpahan minyak

Tiga penunggang motosikal cedera akibat tumpahan minyak

ANGGOTA bomba membersihkannya kawasan tumpahan minyak diesel di Kampung Gok Kapur, Kota Bharu, Kelantan. - FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiga individu termasuk seorang wanita cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka tergelincir akibat tumpahan minyak diesel dan hujan Jalan Kampung Gok Kapur, di sini semalam.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Yie, 57, berkata, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku selepas lebih 30 tahun tinggal di kawasan berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu kejadian tersebut dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.

“Difahamkan, tumpahan minyak dikatakan berlaku secara tidak sengaja semasa sebuah lori tangki membawa muatan bahan bakar itu menghala ke arah Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu berusia antara 28 hingga 64 tahun.

Katanya, seramai sembilan pegawai bersama anggota ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.45  pagi.

“Ketika sampai di lokasi kita dapati benar berlaku tumpahan minyak diesel dan pada masa sama ada tiga mangsa yang menunggang motosikal terjatuh ketika melalui jalan tersebut.

“Kerja membersih lokasi tersebut tamat pada pukul 9.35 pagi. Permukaan basah dan kesan tumpahan minyak itu menyebabkan permukaan jalan menjadi licin,” ujarnya.

Sebelum itu tular satu video berdurasi 53 saat yang memaparkan beberapa buah motosikal terjatuh semasa melalui kawasan tersebut semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya