Tiga lagi nyawa rakyat Palestin melayang di tangan Zionis - Utusan Malaysia

Tiga lagi nyawa rakyat Palestin melayang di tangan Zionis

PASUKAN keselamatan melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan Palestin dalam demonstrasi membantah peluasan penempatan Israel berhampiran kampung Beit Dajan di Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tiga lagi rakyat Palestin menjadi mangsa pembunuhan tentera Israel ketika mereka melakukan serbuan di Ramallah, pada awal pagi ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serbuan tentera Israel itu menyasarkan bandar Jenin dan kem pelarian di utara Tebing Barat.

Kawasan berkenaan adalah kubu kuat pejuang Palestin dan susulan daripada itu, Israel telah meningkatkan serbuan di sana sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Agensi berita rasmi Palestin melaporkan ‘konfrontasi dan pertempuran ganas’ meletus antara penduduk Jenin dan tentera Israel.

Media Palestin turut berkongsi rakaman yang menunjukkan sebuah ambulans terkena tembakan Israel di Jenin.

Semalam, tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin yang melepaskan tembakan ke arah mereka berhampiran penempatan Ofra di Tebing Barat.

Lebih 140 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran Israel-Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis tahun ini, menjadikannya tahun yang merekodkan kematian tertinggi sejak 2006.

Tentera Zionis mendakwa kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh adalah ahli kumpulan militan.

Bagaimanapun, kumpulan pemuda yang membaling batu bagi membantah pencerobohan tentera Israel dan individu lain yang tidak terbabit dalam konfrontasi turut terbunuh.

Israel melakukan serbuan dan tangkapan setiap hari di seluruh Tebing Barat, dengan alasan memusnahkan rangkaian militan dan menggagalkan serangan masa depan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN