Tender projek tebatan banjir serah pada Persekutuan - Utusan Malaysia

Tender projek tebatan banjir serah pada Persekutuan

Tebatan banjir
AMIRUDIN Shari (dua, kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman (kanan) bergambar bersama penghantar makanan di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua tender projek tebatan banjir yang akan dilaksanakan dalam negeri ini akan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan selepas Kementerian Kewangan dilapor membuat keputusan sedemikian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pelaksanaan dan pengurusan kos akan dilaksanakan kementerian tersebut yang akan mengeluarkan peruntukan berkaitan.

“Kementerian Kewangan memaklumkan projek tersebut akan dianugerahkan (kepada pihak berkaitan) pada bulan Januari tahun hadapan.

“Namun, kontraktor pelaksana harus melalui proses (yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan),” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE), hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua projek tebatan banjir yang dirancang Kerajaan Persekutuan sebelum ini, termasuk di Selangor tetap diteruskan.

Justeru, Naib Presiden PKR itu berharap projek itu dapat dibuat mengikut perancangan yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Kalau ikut perancangan terdahulu, peruntukan projek kepada Selangor bernilai RM4.6 bilion. Saya tak pasti sama ada peruntukan kepada Selangor dipotong atau tidak, selepas Perdana Menteri ambil keputusan untuk semak semula projek itu,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Amirudin akan bertemu dengan Kementerian Kewangan berhubung status projek tebatan banjir yang akan dibina di Selangor. 

Beliau berbuat demikian selepas Anwar memutuskan untuk membekukan sementara projek berkenaan, kerana mahu meneliti semula kelulusan yang diberikan dalam projek itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya