Telur import belum masuk pasaran Gua Musang

Telur import belum masuk pasaran Gua Musang

DUA pelanggan memilih telur ayam tempatan di sebuah pasar raya di Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Bekalan telur ayam import dari India belum dijual di pasar raya atau kedai runcit di bandar ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hanya telur ayam tempatan, omega dan organik dijual di pasaran ketika ini.

Seorang pelanggan, Mohd. Jamal Mohamed, 45, berkata, setakat ini dia belum melihat bekalan telur import dijual di pasar raya mahupun kedai-kedai runcit biasa.

“Bagaimanapun, kami tetap memilih telur tempatan kerana kualitinya lebih terjamin,” katanya ketika ditemui.

Seorang suri rumah, Nor Zaliha Ramli, 37, pula berkata, dia lebih gemar menggunakan telur tempatan dalam masakannya.

Katanya, dia tidak biasa dengan telur import dari India yang dikatakan berwarna putih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN