Tanah mendap: Jalan Kenyir - Aring ditutup - Utusan Malaysia

Tanah mendap: Jalan Kenyir – Aring ditutup

KEADAAN tanah mendapat yang berlaku di Jalan Kenyir - Aring, Hulu Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jalan Kenyir – Aring di sini ditutup kepada semua kenderaan setelah berlaku kejadian tanah mendap, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, kejadian tanah mendap itu berlaku di Kilometer (KM) 103 pada pukul 6 petang.

Menurutnya, kejadian tanah mendap di jalan itu melibatkan kira-kira 20 meter lebar.

“Jalan tersebut ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan sebagai langkah keselamatan.

“Pengguna jalan raya diharapkan dapat mematuhi arahan tersebut dan tiada jalan alternatif,” katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Beliau memberitahu, satu lagi laluan utama di daerah Hulu Terengganu yang ditutup akibat tanah mendap ialah Jalan simpang Gaung-Sungai Tong, Setiu, di Kampung Kuala Jeneris di sini.

Jelasnya, penutupan jalan pada 20 Disember itu berikutan tanah mendap sedalam kira-kira 30 meter dalam kejadian sekitar pukul 4 petang.

“Pengguna di jalan itu dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Simpang Kuala Jeneris melalui simpang Basung ke simpang Kampung Teris,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya