Tambah baik infrastruktur gerai Pasar Chow Kit - Johari

Tambah baik infrastruktur gerai Pasar Chow Kit – Johari

JOHARI Abdul Ghani melawat lot kedai yang terbakar di Lorong Haji Hussein Satu, Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menambah baik infrastruktur gerai di Lorong Haji Hussein Satu, Pasar Chow Kit, di sini.

Ia susulan kebakaran  petang semalam melibatkan lapan lot gerai yang musnah dalam kejadian tersebut.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kejadian itu berlaku kerana sistem pendawaian elektrik di gerai berusia lebih 20 tahun berkenaan gagal diselenggara, sekali gus boleh merisikokan peniaga kepada  kebakaran.

“Ini adalah satu pusat aktiviti mikro peniaga kecil berniaga dan merupakan sumber pencarian mereka. Jadi, tempat ini tidaklah melibatkan kos yang banyak kalau DBKL boleh datang balik buat balik semua ini supaya mereka boleh berniaga semula,” katanya di sini hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 1 petang semalam itu melibatkan lapan lot gerai.

Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Raja Bot, Sharin Darus merayu supaya keseluruhan 80 gerai yang kebanyakannya menjual pakaian terpakai itu segera dibaik pulih. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya