Siapa Joshua Fitton di hati Siti Saleha? - Utusan Malaysia

Siapa Joshua Fitton di hati Siti Saleha?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika menghadiri majlis tayangan drama Hilang, pertengahan bulan lalu, pelakon jelita, Siti Saleha memberi bayangan dirinya sedang diulit cinta dengan jejaka berdarah kacukan.

Malah, Saleha, 32, berkata dia hanya akan mendedahkan identiti jejaka yang bertaktha di hatinya di Instagram apabila sudah bersedia berbuat demikian.

Justeru, apabila dia berkongsi foto bersama jejaka dikenali sebagai Joshua Fitton ketika menghadiri sebuah acara, malam tadi di Instagram, hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya, termasuk rakan artis.

Biarpun tidak memperincikan hubungannya dengan jejaka yang juga seorang pereka fesyen untuk lelaki, ramai mengandaikan mereka sedang menjalin hubungan istimewa, selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

“Yeay, the cat is out of the bag (Yeay, akhirnya akhirnya tidak lagi disembunyikan),” tulis pelakon dan pengacara, Awal Ashaari pada ruangan komen.

“Good looking couple (Pasangan yang sepadan),” demikian tulis pelakon senior, Susan Lankester.

Ruangan komen pada laman sosial pelakon Tujuh Hari Mencintaiku itu turut dipenuhi dengan emoji berbentuk hati daripada rakan artis lain, termasuk Vanidah Imran, Adeline Tsen, Ummi Nazeera, Tiz Zaqyah, Nelydia Senrose, Hunny Madu dan Daiyan Trisha.

Saleha sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.  Perkahwinan itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya