Saraswathy, Fuziah angkat sumpah Senator

Saraswathy, Fuziah angkat sumpah Senator

RAIS Yatim bergambar bersama K. Saraswathy (kanan) dan  Fuziah Salleh selepas mereka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, K. Saraswathy dan bekas Ketua Wanita parti itu, Fuziah Salleh mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim, hari ini.

Saraswathy dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Fuziah ditugaskan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mereka tewas bertanding di kerusi Parlimen Tapah dan Kuantan.

Fuziah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020.

Kedua-duanya merupakan antara 27 barisan timbalan menteri yang dilantik bagi memperkuat saf kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN