Samun kedai emas guna pistol mainan - Utusan Malaysia

Samun kedai emas guna pistol mainan

PISTOL mainan yang digunakan suspek kes samun kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di Ipoh semalam. - UTUSAN/PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun menggunakan pistol mainan di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 32 tahun itu diberkas ketika sedang dikejar orang awam di Jalan Dato Onn Jaafar dekat sini.

“Kejadian pukul 2 petang itu bermula ketika suspek masuk ke dalam kedai dan menyatakan kepada pekerja yang dia mahu membeli rantai emas.

“Selepas melihat rantai itu, suspek terus mengambilnya sambil mengacu senjata menyerupai pistol ke arah pekerja sebelum bertindak melarikan diri,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Menurut beliau, pihak polis segera ke lokasi kejadian sejurus selepas dimaklumkan dan telah terserempak suspek berlari ke tengah jalan di Jalan Dato Onn Jaafar dengan dikejar beberapa orang awam.

Katanya, suspek kemudian ditangkap di mana anggota telah merampas sepucuk pistol mainan plastik yang disimpan di dalam beg silangnya.

“Berdasarkan siasatan, suspek merupakan lelaki tempatan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman.

“Dengan tertangkapnya suspek, kes samun bersenjata ini berjaya diselesaikan dalam tempoh 30 minit selepas kejadian berlaku,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun menggunakan senjata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya