Samseng jalanan diburu

Samseng jalanan diburu

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kejadian buli jalanan di Jalan SS 8/2, di sini sehingga di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan video berdurasi dua minit 20 saat yang tular di Twitter.

“Dalam video itu memaparkan tindakan pemandu yang berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah jalan dan mengeluarkan kayu panjang.

“Video berkenaan menerima 1.8 juta tontonan dan dikongsi 8,968 kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan kejadian itu berlaku di Jalan SS 8/2, di sini semalam.

Justeru, pihak polis meminta kerjasama mangsa kejadian untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN