Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif SKM baharu

Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif SKM baharu

RUSLI JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengarah Suruhanjaya Koperasi (SKM) Selangor, Rusli Jaafar, 59, dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif suruhanjaya itu yang baharu berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Dalam kenyataan hari ini, SKM memaklumkan, pelantikan beliau mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau juga pernah berkhidmat kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini.

“Rusli juga berkhidmat selama 30 tahun sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi lagi,” katanya.

Rusli yang berasal dari Kuala Selangor merupakan lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelantikan beliau selaras dengan Perkara 11 (3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya