SERDANG: Industri ternakan negara akan kekal di takuk lama apabila wujud agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang kini dimonopoli oleh para pegawai dalam jurusan yang sama iaitu veterinar. Ini kerana pegawai-pegawai tersebut hanya mempunyai kepakaran yang cenderung dalam aspek perubatan veterinar dan kurang terlibat dalam aspek ternakan asas sumber makanan. Sedangkan agensi tersebut memerlukan kepakaran dalam pelbagai bidang lain khususnya pengurusan ternakan sumber makanan, pengurusan perniagaan, pembangunan sumber manusia…










