Remaja hilang dipercayai lari ikut teman lelaki

Remaja hilang dipercayai lari ikut teman lelaki

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis mendedahkan remaja perempuan yang hilang dari sebuah inap desa di Taman Salak Maju di sini, Ahad lalu sebelum ditemukan selamat malam tadi dipercayai lari mengikut teman lelaki.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa berusia 13 tahun itu dikatakan mengikut teman lelakinya ke sebuah kondominium di Shah Alam.

Beliau berkata, siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek menerusi laman sosial Instagram sejak tiga tahun lalu.

“Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan kerana menculik.

“Dalam pada itu, dua suspek lelaki masing-masing berusia 19 dan 21 tahun ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, manakala seorang suspek wanita berusia 18 tahun dikenakan reman dua hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, seorang remaja perempuan, Salsabila Putri Md Nasir,13, dilaporkan hilang selepas keluar dari inap desa di sini, dipercayai mengikuti dua lelaki.

Bagaimanapun, remaja itu berjaya ditemukan semula malam tadi di sebuah kondominium di Shah Alam bersama dua individu lain.

Susulan itu, polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan termasuk dua lelaki dan seorang wanita.

Polis turut merampas tiga unit telefon pintar, sebuah motosikal jenis Yamaha R15, dua helai baju, dua helai seluar dan dua unit topi keledar daripada ketiga-tiga suspek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya