RCB serah RM945,934 zakat perniagaan 

RCB serah RM945,934 zakat perniagaan 

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) menerima replika cek zakat perniagaan sebanyak RM945,934.00 sumbangan RCB di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Rural Capital Berhad (RCB) menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM945,934.00 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hiruddin Hashim berkata, dalam tempoh lima tahun sejak 2016, sebanyak RM4.37 juta disumbangkan syarikat berkenaan bagi pembayaran zakat perniagaan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM425,562 disumbangkan pada 2016 manakala 2017 pula RM742,112; 2018 (RM965,300); 2019 (RM1,342,306) dan 2020 (RM895,426).

“Pembayaran zakat perniagaan ini membuka jalan RCB untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menggunakan peruntukan wakalah dan pada tahun ini, kita menyumbangkan RM291,000 bagi pelbagai aktiviti CSR di seluruh negara dengan menyasarkan kepada golongan asnaf. 

“Antara program itu ialah Mara Prihatin Simfoni Ramadan 2022 di Perlis, Ihya Ramadan Perdana di Sabah, bakul makanan di Sarawak, Kembali ke Sekolah 2022 di Kuala Lumpur di samping pemberian cermin mata kepada pelajar dan warga emas,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan RCB 2021 kepada MAIPs di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut berangkat dalam majlis itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Mara, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Dalam pada itu, Hiruddin berkata, RCB merancang mengadakan program CSR Kayuhan Peduli Asnaf di Perlis pada Februari 2023 sebagai langkah untuk melestarikan golongan asnaf dan luar bandar.

Katanya, pendekatan sedemikian akan dilaksanakan secara berterusan termasuk menempatkan anak-anak asnaf dalam program pembelajaran di GiatMara dan di Institut Kemahiran Mara (IKM) di samping program pusat tuisyen pintar, skim anak angkat RCB, kembali ke sekolah, selangkah ke universiti dan celik Al-quran.

Malah, menurutnya, RCB turut berhasrat mewujudkan skim sumbangan modal permulaan perniagaan kepada golongan asnaf yang berminat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya