Pemangku Raja Pahang berkenan kurnia darjah, pingat

Pemangku Raja Pahang berkenan kurnia darjah, pingat kepada 162 penerima

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenaan menyampaikan darjah kebesaran SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Mohd. Yusri Hassan Basri di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seramai 162 orang menerima darjah dan pingat kebesaran sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Sultan Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Indera Abd. Halim Aman mendahului senarai antara 12 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad; Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf dan Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Zaini Jass juga antara penerima SSAP.

Turut menerima darjah yang sama, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.

Dalam masa sama, seramai 45 penerima dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk antaranya ialah Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Mohd. Yusri Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd. Bokhari.

Dalam majlis itu juga, seramai empat individu dikurnia Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera antaranya ialah Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd. Nawawi.

Seramai 11 penerima dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Dr. Mohd Zakaria Ibrahim dan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.

Selain itu, seramai lapan individu menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) 13 penerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), sembilan penerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 15 penerima Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP).

17 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 14 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 14 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Berkenan mencemar duli, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda Seri Paduka baginda.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan barisan Exco Kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya