Pulau Pinang akan hantar surat sambung perbincangan projek LRT, tambak laut - Utusan Malaysia

Pulau Pinang akan hantar surat sambung perbincangan projek LRT, tambak laut

CHOW KON YEOW (dua dari kanan) menyampaikan anugerah pelajar cemerlang STPM dan SPM tahun 2021 di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menghantar surat kepada kementerian berkaitan untuk menyambung perbincangan mengenai projek-projek mega di negeri itu seperti projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas dan projek tambak laut Penang South Islands (PSI).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini menteri-menteri berkaitan perlu menguruskan hal berkaitan dengan kementerian masing-masing terlebih dahulu.

”Sekarang menteri perlu ‘settle down’ dahulu, kita akan merujuk kepada mereka semula selepas ini.

”Saya akan cadangkan dalam mesyuarat Exco dan menghantar surat kepada kementerian-kementerian untuk sambung perbincangan mengenai projek-projek ini (LRT dan PSI),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan menolak permohonan kerajaan negeri sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pinjaman serta jaminan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek LRT.

Selain itu, pelaksanaan projek PSI seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas juga tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Projek PSI dibina bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) yang bernilai kira-kira RM46 bilion.

Menurut Kon Yeow, perbincangan mengenai projek-projek berkenaan tidak pernah berhenti walau parti manapun yang menjadi Kerajaan Pusat.

”Perkara ini masih berjalan, tidak pernah berhenti, siapa pun jadi kerajaan, kita berusaha untuk realisasikan juga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya