Polis tahan lelaki cabul kanak-kanak dua tahun

Polis tahan lelaki cabul kanak-kanak dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam kejadian Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan polis di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang tadi.

Beliau berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Siasatan awal mendapati, suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF

Katanya, siasatan mendapati, doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.

Wan Kamarul Azran berkata, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Putrajaya pada Selasa lalu di Balai Polis Dengkil berhuhung kejadian itu.

“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu.

“Kami sudah mengambil keterangan ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu di rumah pengasuhnya dan kanak-kanak itu mendedahkan dia dicabul suami pengasuh,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video di laman sosial memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul seorang lelaki ketika berada di taska.

Isu itu kemudian di dedahkan usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad yang turut mengesahkan insiden itu membabitkan anak seorang ejen produknya.

Hafiz memaklumkan, kanak-kanak itu seakan trauma sehingga enggan pulang ke rumah kerana bimbang dibawa ke taska itu semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya