Polis tahan bookie judi simpan dadah RM3.4j

Polis tahan bookie judi simpan dadah RM3.4j

MOHD. Yusri Hassan Basri (tengah) menunjukkan bungkusan disyaki berisi dadah jenis methamphetamine yang dirampas di sebuah rumah di Jalan Medan Ipoh dalam sidang akhbar di IPK Perak, hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang bookie judi berusia 37 tahun yang menyimpan 96.02 kilogram dadah jenis methamphetamine di rumah sewanya di Jalan Medan Ipoh, di sini, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1.40 petang dengan sebanyak 95 bungkusan plastik berwarna hijau-kuning bertulis Guan Ying Wang berisi bahan disyaki dadah ditemukan di rumahnya.

“Bahan yang disyaki dadah jenis Methamphetamine ditemukan dengan anggaran berat 96.02 kilogram. Nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM3.45 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen  (IPK) Perak di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di sekitar daerah ini dan Lembah Klang serta boleh digunakan untuk 120,000 penagih. 

Beliau berkata, polis percaya dadah tersebut diperoleh dari bahagian utara Perak dan siasatan masih dijalankan kemungkinan suspek terlibat dalam sindiket.

Katanya, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek negatif dan suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan dadah. 

“Suspek direman tujuh hari sehingga 11 Disember ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori atau gantung sampai mati,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya