PM tunai solat di masjid dirasmikan 27 tahun lalu

PM tunai solat di masjid dirasmikan 27 tahun lalu

ANWAR Ibrahim menandatangani plak Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru sebelum menunaikan solat Jumaat bersama-sama lebih 2,000 jemaah. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee, di sini yang dirasmikannya pada 27 tahun yang lalu.

Anwar dilaporkan merasmikan majlis pecah tanah pembinaan masjid tersebut pada 21 April 1995 ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Perdana Menteri yang tiba di pekarangan masjid tersebut pada pukul 12.30 tengah hari sempat menandatangani semula plak perasmian masjid berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian menyertai lebih 2,000 jemaah termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir untuk menunaikan solat Jumaat, selain beramah mesra dengan orang ramai.

Selepas menunaikan solat Jumaat, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah sebelum kembali ke ibu negara.

Ini adalah kunjungan pertama Anwar ke Johor sejak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Anwar memulakan lawatan kerja sehari ke negeri ini dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya