PM nasihat menteri jangan ganggu kerja mencari, selamat mangsa tanah runtuh - Utusan Malaysia

PM nasihat menteri jangan ganggu kerja mencari, selamat mangsa tanah runtuh

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia giat menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian tanah runtuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan menteri-menteri yang datang ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands supaya tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, beliau telah mengarahkan supaya misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh jabatan kerajaan.

“Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

“Saya juga dimaklumkan menteri-menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN