Perpaduan tanpa petunjuk Allah diharamkan - Hadi

Perpaduan tanpa petunjuk Allah diharamkan – Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan hanya perpaduan yang mengikut hidayah Allah akan membawa berkat, berwawasan kukuh dan kekal di dunia hingga akhirat.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, perpaduan itu diwajibkan kepada umat Islam terlebih dahulu kerana mereka memimpin seluruh manusia melalui pendekatan menyampaikan Islam tanpa paksaan. 

“Ada pun perpaduan tanpa petunjuk Allah SWT tersebut adalah diharamkan, disebabkan oleh kerapuhannya.

“Ikatannya yang membawa padah di dunia dan akhirat kerana pelaksanaannya tidak berprinsipkan aqidah dan tidak mempunyai konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar yang mengawal kehidupan manusia serta pergaulannya dalam bermasyarakat. 

“Hal ini disebabkan tiada asas aqidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Tambah Abdul Hadi, Allah SWT memberikan amaran yang paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama semata-mata bagi mendapatkan kuasa, sehingga mereka meninggalkan konsep kepemimpinan Islam. Allah meletakkan golongan itu dengan sifat munafik. 

“Islam mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepemimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan Islam atau tiada kuasa Islam untuk mentadbir kehidupan manusia. 

“Begitu juga apabila bersama kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka yang menghina ajarannya atau bermusuh terhadap penganutnya atau bersikap melampau mahu berkuasa terhadap umat Islam. Bahkan, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap munafik,” katanya.

Tambahnya lagi, selepas umat Islam bersatu padu, tindakan seterusnya adalah mengajak seluruh manusia bermasyarakat majmuk berada di bawah keadilan kerajaan Islam untuk semua, dalam kehidupan bermasyarakat dalam urusan dunia. 

“Peranan aqidah beriman yang ada dalam diri kepemimpinan Islam yang bertakwa akan mengawal dirinya agar beristiqamah menegakkan rahmat Allah SWT dan keadilan Ilahi kepada semua. Hal tersebut merupakan ciri penting yang tidak terdapat dalam agama lain dan ideologi ciptaan manusia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya