Perhimpunan ICERD: Video 2018 tersebar 

Perhimpunan ICERD: Video 2018 tersebar 

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan semula sebaran sebuah video lama berdurasi dua minit 20 saat di media sosial bagi mencetuskan kegusaran orang awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, video itu memaparkan tindakan seorang lelaki memberi ucapan berbaur perkauman di sebuah premis tertutup.

Katanya, dalam ucapannya, lelaki berkenaan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada 8 Disember.

“Semakan mendapati video berkenaan adalah yang dirakam pada 2018 semasa isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Perhimpunan yang dimaksudkan adalah perhimpunan anti-ICERD yang berlangsung pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Acryl Sani, video itu ditular kembali pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan membangkitkan kegusaran awam dan kekeliruan seolah-olah terdapat perhimpunan yang akan diadakan pada 8 Disember ini.

Jelasnya, sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai perhimpunan yang akan diadakan oleh mana-mana pihak pada tarikh terbabit seperti yang digambarkan.

“Polis mengulangi komitmen dalam menjamin keselamatan awam dan bagi tujuan keselamatan masyarakat. Tindakan tegas akan diambil jika mana-mana pihak dikesan mengadakan sebarang perhimpunan atau perarakan di tempat terbuka yang boleh mengancam ketenteraman awam.

“Polis turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan atau berkongsi lanjut sekiranya menerima video berkenaan.

“Mana-mana individu yang dikesan menyebarkan video terbabit boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya