Perdana Menteri hadir Program Munajat Ambang Tahun Baharu

Perdana Menteri hadir Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 esok

MASJID PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bertempat di Masjid Putra, di sini esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, program itu diperkenalkan susulan keputusan kerajaan membatalkan acara sambutan ambang tahun baharu 2023.

Beliau berkata, ia juga dilaksanakan bagi menghormati keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir baru-baru ini.

“Program yang akan bermula jam 6.30 petang esok akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Jemaah Menteri beragama Islam.

“Pada program sama, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat khas sempena tahun baharu 2023 yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Jakim turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT.

Pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan sambutan Ambang Tahun Baharu yang biasanya disambut pada 31 Disember, dibatalkan.

Serentak pengumuman itu, beberapa negeri turut membatalkan sambutan berkenaan termasuk Selangor dan Pulau Pinang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya