PUTRAJAYA: Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan banjir ketika lawatannya meninjau keadaan di Kelantan pada petang ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu bencana banjir adalah tumpuan perbincangan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.
Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah memberikan laporan hasil lawatannya ke Kelantan dan Terengganu sebelum ini pada mesyuarat Kabinet berkenaan.
“Saya akan ke Kelantan, pengumuman soal banjir akan dibuat di sana selepas mendengar pandangan di lapangan dan Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN