Penduduk di pesisir pantai, muara sungai dinasihat waspada air pasang besar - Utusan Malaysia

Penduduk di pesisir pantai, muara sungai dinasihat waspada air pasang besar

ANGGOTA APM Terengganu memantau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penduduk di pesisir pantai dan kawasan rendah di muara sungai dinasihatkan berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah, fenomena berkenaan boleh menyebabkan paras ombak mencecah 2.7 sehingga 2.9 meter.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan dan air pasang besar boleh mengakibatkan limpahan air secara luar biasa di kawasan berisiko yang mudah dinaiki air.

“Orang ramai terutama penduduk di kawasan rendah diseru berada dalam siap siaga untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika diarahkan pihak berkuasa.

“Kami khuatir sekiranya hujan lebat bertembung dengan air pasang besar yang lazimnya berlaku bermula 10 malam sehingga 1.30 pagi akan menyebabkan limpahan air.

“Selain itu orang ramai juga digalakkan menjauhi kawasan pesisir pantai semata-mata melihat ombak besar,” katanya ketika meninjau air pasang besar di Pantai Seberang Takir di sini, malam tadi.

Tambah Mohd. Rosman, sehingga malam ini terdapat tujuh PPS di seluruh negeri termasuk dua yang terbaharu di daerah Setiu melibatkan keseluruhan 324 orang mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya