Pemantauan media sosial tidak hingga sekat kebebasan suara 

Pemantauan media sosial tidak hingga sekat kebebasan suara 

FAHMI FADZIL 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemantauan terhadap kandungan media sosial tidak sehingga menyekat hak bersuara, namun bukanlah tanpa batasan dan berunsur fitnah yang tidak berasas. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana beliau akan terus mempertahan hak kebebasan bersuara dan pada masa sama meneliti undang-undang berkaitan. 

“Sama ada di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi terdapat batas undang-undang yang sekiranya diceroboh akan ada tindakan. 

“Rakyat jangan salah faham, hak bersuara masih ada cuma jangan fitnah dan membuat tohmahan tidak berasas. 

“Biarlah perkara yang kita sebutkan berasas dan boleh kita pertahan termasuk mempertahankannya di mahkamah,” katanya selepas melawat Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) hari ini.

Beliau mengulas kenyataan dalam media sosial yang memetik beberapa kenyataan Fahmi mengenai kebebasan bersuara sebelum jadi menteri. 

Bagaimanapun, kelmarin Fahmi dalam sidang akhbar mengumumkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan TikTok sekat lebih 2,000 kandungan yang disifatkan sebagai provokatif.

Menurut beliau, jalinan kerjasama antara SKMM mahupun penyedia media sosial diyakini dapat mencapai hasrat kerajaan dalam menjaga hak bersuara dan pada masa sama memastikan batas undang-undang sentiasa diawasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.