Pemandu 'microsleep' rempuh empat kenderaan

Pemandu ‘microsleep’ rempuh empat kenderaan

KEADAAN kenderaan yang mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah kereta Proton Persona dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan semalam. -UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang mengalami ‘microsleep‘ semasa memandu kereta telah merempuh kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Sultan Yahya  Petra, di sini petang semalam.

Kejadian pukul 2.25 petang itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta Proton Persona itu mengalami kecederaan di hidung dan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian dua buah kereta, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) diparkir di bahu jalan.

Menurutnya, secara tiba-tiba mangsa yang datang dari arah persimpangan Taman Maju menghala ke persimpangan Wakaf Siku dikatakan mengalami ‘microsleep’ semasa memandu.

“Ekoran itu kereta dipandunya telah terbabas ke kiri jalan lalu merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang berada di lokasi.

“Kesan pelanggaran itu menyebabkan Proton Iswara itu menggelongsor ke hadapan lalu melanggar tiga kenderaan lain yang berada di tempat sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Katanya, penumpang hadapan kereta Proton Iswara yang merupakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mengalami luka ringan dan lebam di bahagian kepala dan sudah menerima rawatan pesakit luar di HRPZ II.

“Seorang lagi penumpang kereta tersebut yang merupakan wanita berusia 26 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Sisatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen RULE 10 LN 166/59 iaitu tidur semasa memandu atau lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya