Pemandu, kelindan lori ais maut kemalangan

Pemandu, kelindan lori ais maut kemalangan

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang pemandu dan kelindan maut dalam kemalangan melibatkan lori serta treler di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini hari ini. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ais dan sebuah treler Scania membawa muatan baja. 

“Kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu lori, Mohd. Hafiz Jamal, 35, dan kelindannya, Mohd. Azhar Basir,  46, tersepit di tempat duduk masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kedua-dua  mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu treler, A. Ranjit, 40, terselamat dan operasi berkenaan tamat pada pukul 6:03 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya