Peguam ditangkap, terbabit kes tipu pindah milik tanah RM1 juta - Utusan Malaysia

Peguam ditangkap, terbabit kes tipu pindah milik tanah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan berhubung kes tipu pindah milik tanah bernilai hampir RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, tangkapan berkenaan adalah susulan laporan polis oleh mangsa yang merupakan seorang lelaki yang menyedari ditipu semasa proses jual beli tanah seluas lebih 10 hektar di Mukim Tanjung Kling, Rembau.

Menurut beliau, peguam yang dilantik mangsa memaklumkan terdapat individu yang mendakwa pemilik sebenar tanah tersebut tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan jual beli tanah miliknya.

“Susulan itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM927,340 dan siasatan awal mendapati suspek iaitu lelaki berusia 42 tahun terlibat dalam penipuan dengan menjadikan beberapa lot tanah sebagai medium untuk menipu mangsa.

“Turut dikesan pemalsuan tandatangan di dalam surat perjanjian jual beli serta beberapa dokumen pindah milik tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Anuwal, perintah reman selama empat hari iaitu bermula hari ini hingga Isnin dikeluarkan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya