Mohd Na'im mampu reformasi pengurusan hal ehwal Islam - Jakim

Mohd Na’im mampu reformasi pengurusan hal ehwal Islam – Jakim

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yakin dan percaya latar belakang dan pengalaman luas Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Mohd Na’im mampu membawa hala tuju agensi agama ke arah reformasi pengurusan hal ehwal Islam berpaksikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Beliau berkata, Jakim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohd. Na’im atas kepercayaan diberikan kerajaan untuk mengetuai pentadbiran agensi hal ehwal Islam di negara ini.

“Jakim selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yakin dan percaya bahawa Menteri Agama mendukung semangat MKI sebagaimana perubahan Peraturan MKI 2022 yang diperkenankan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258 pada 9 hingga 10 Mac lalu,” katanya.

Mohd Na’im yang juga bekas Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dilantik sebagai Menteri Agama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya