Mohamad syukur atas pelantikan

Mohamad syukur atas pelantikan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mensyukuri pelantikannya dirinya untuk jawatan tersebut dengan rasa rendah diri.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang untuk berkhidmat dalam kerajaan perpaduan ketika ini.

“Penghargaan saya juga kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang juga pengerusi Barisan Nasional.

“Saya yakin dan percaya akan terdapat pelbagai cabaran kerajaan perpaduan ini pada pengal ini akibat kesan Covid-19 dan kemelesetan ekonomi dijangka pada tahun 2023. 

“Semoga kerjasama wakil rakyat pelbagai parti dalam kerajaan ini akan dapat ditangani pelbagai cabaran mendatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad dalam pada itu turut berterima kasih kepada para pengundi di Parlimen Rembau yang telah memberi peluang kepada dirinya untuk berkhidmat.

“Kepercayaan ini saya tidak akan ambil mudah dan akan melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaiknya, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN