Michelle Yeoh dinobat Ikon Tahun 2022 majalah Time

Michelle Yeoh dinobat Ikon Tahun 2022 majalah Time

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majalah terkemuka antarabangsa, Time menamakan Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022, berdasarkan pencapaian sepanjang 40 tahun kerjaya lakonannya, termasuk persembahannya dalam filem terbaharu, Everything Everywhere All at Once.

Bintang kelahiran Ipoh, Perak itu turut menjadi pelakon pilihan diramalkan untuk menggenggam trofi Oscar menerusi persembahannya dalam filem genre drama-aksi tersebut yang mendapat sambutan baik.

Yeoh turut dinamakan dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh Time 2022, awal tahun ini.

Dalam meniti kerjayanya, Yeoh memberitahu Time, dia terpaksa ‘bertempur’ dengan pandangan stereotaip terhadap wanita Asia sepanjang beraksi di Hollywood.

“Ia tidak sepatutnya mengenai bangsa, tetapi itulah perjuangan. Sekurang-kurangnya, saya mencuba sebagai pelakon asal Asia,” katanya.

Sebelum menembusi pasaran Hollywood, Yeoh, 60, terlebih dahulu menjadi ikon filem di Asia.

Dia membintangi filem aksi Hong Kong yang popular sepanjang akhir 1980-an dan 1990-an serta terkenal dengan keberaniannya melakukan sendiri aksi lagak ngeri.

Pada penghujung 1990-an, Yeoh sedia untuk berhenti daripada dunia lakonan selepas berkahwin kerana merancang untuk mempunyai anak, selain berdepan kecederaan ketika di set penggambaran.

Dia bagaimanapun, mengubah keputusan itu selepas perbualan dengan pengarah, Quentin Tarantino, yang melawatnya ketika mempromosikan Pulp Fiction.

Yeoh seterusnya berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dan membintangi filem James Bond 1997 Tomorrow Never Dies, membawakan watak gandingan Bond.

Dia memenangi hati penonton menerusi peranannya sebagai pelakon pembantu dalam filem seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor, Kung Fu Panda 2, selain beberapa produksi Marvel dan Crazy Rich Asians.

Tahun lalu, Hollywood mula mengakui kehebatannya apabila Yeoh memberikan mutu lakonan melebihi jangkaan penonton kulit putih terhadap bakat kelahiran Asia.

Menerusi Everything Everywhere All at Once, dia membawakan watak sebagai Evelyn Quan Wang, pemilik kedai dobi yang bergelut dengan stigma masyarakat.

Awal tahun ini, dalam temu bual GQ yang tular dalam media sosial, Yeoh dalam nada sebak berkata, peranannya sebagai Evelyn ‘adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama’ untuk menunjukkan kepada penonton ‘kemampuannya’.

Yeoh pernah membintangi filem pecah panggung seperti The School of Good and Aevil, Minions: The Rise of Gru, Paws of Fury: The Legend of Hank serta Avatar: The Way of Water.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya