Memperkasa budaya STEM dalam kalangan pelajar-pelajar B40

Memperkasa budaya STEM dalam kalangan pelajar-pelajar B40

ANTARA tetamu yang hadir pada program Science Rocks, FESTA, Azure Station, Imaginary – Rollerball dan Jelajah STEM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERAK, NOVEMBER 2022:  Pelajar-pelajar sekolah merupakan generasi yang bakal mengemudi bangsa dan negara di masa akan datang. Penglibatan dan penerokaan generasi ini di dalam
bidang sains dan teknologi amatlah penting demi pembangunan dan kemajuan negara.

Tambahan, krisis dan wabak Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia serta bencana banjir besar di Malaysia telah menunjukkan bahawa bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik amat relevan dan penting untuk kelangsungan dan kelestarian penduduk dan populasi sesebuah negara.

Tanpa ilmu pengetahuan dan kepakaran, contohnya di dalam bidang perubatan, bioteknologi, kejuruteraan, elektronik, analisis data dan teknologi maklumat, negara kita tidak mungkin
mampu menghadapi dan menyelesaikan segala isu yang menjadi rentetan kepada perkara-perkara tersebut sebelum ini.

Oleh itu, Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) mengambil inisiatif melaksanakan satu aktiviti di bawah program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik sebagai satu
langkah untuk memperkasakan budaya STEM dalam kalangan 600 pelajar-pelajar Tingkatan 5 di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang terpilih.

Program Yayasan PETRONAS empowerNCER Akademik yang telah bermula pada Mac 2022 dan dijangka berakhir pada Oktober 2023 menyediakan pendidikan holistik kepada pelajar yang lemah prestasi akademik dari keluarga B40 untuk cemerlang dalam akademik dan kemahiran pembangunan diri demi mewujudkan masyarakat yang lebih seimbang dan mencegah kemiskinan di masa hadapan.

Sebagai permulaan, seramai 108 orang pelajar dan 18 orang guru dari sembilan buah sekolah dari daerah Manjung, Bagan Datuk dan Perak Tengah dibawa ke kampus IUKL selama satu setengah hari untuk diberi pendedahan melalui aktiviti-aktiviti yang dinamakan Science Rocks, FESTA, Azure Station, Imaginary – Rollerball dan Jelajah STEM bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan STEM sebagai elemen penting di dalam kehidupan, meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, serta konsep sains dan teknologi dalam kalangan murid.

Inisiatif yang diselia oleh Faculty of Engineering, Science and Technology, Faculty of Architecture and Built Environment, Faculty of Business, Information and Human Sciences and
Center of Foundation and General Studies telah mencetus budaya rekacipta dan inovasi menerusi penggunaan aplikasi dalam STEM.

Selain itu, ia turut mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak falsafah Pendidikan Kebangsaan, menggilap minat murid ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dan teknologi maklumat, kaedah pembelajaran di peringkat institut pengajian tinggi seperti melaksanakan eksperimen dan kerja-kerja makmal STEM.

Program tersebut dirasmikan oleh Presiden dan Naib Canselor IUKL, YBhg. Profesor Datuk Dr. Noor Inayah Ya’akub dan dihadiri oleh Ketua Bahagian Operasi, Yayasan PETRONAS, YM
Tengku Noraida Tengku Mahmood dan Pengarah Bahagian Modal Insan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datin Shahdee Datuk Ahmad serta pegawai-pegawai dari kedua-dua agensi.

Dr. Noor Inayah berpesan agar para pelajar mengambil peluang yang sebaiknya untuk mendapatkan pengetahuan yang mendalam tentang STEM daripada kalangan pensyarah yang bersama dengan mereka selama program berjalan.

Dalam pada itum Shahdee  berbangga atas usaha yang telah dijalankan oleh IUKL dan menyarankan agar kesemua 600 pelajar di bawah seliaan IUKL diberikan pendedahan yang sama.

“Kami berharap dan percaya bahawa dengan pendedahan akan pentingnya STEM untuk pembangunan dan kemajuan negara, ia dapat menggalakkan dan juga menarik minat para
pelajar untuk menceburi diri atau mempraktikkan elemen STEM dalam hidup atau pembelajaran lanjut mereka,” kata YM Tengku Noraida Tengku Mahmood. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya