Melaka pertimbang teknologi parkir bertingkat Hospital Selayang

Melaka pertimbang teknologi parkir bertingkat Hospital Selayang

Kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan parkir bertingkat seperti di Hospital Selayang, Selangor bagi mengatasi masalah kesesakan parkir di Hospital Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan parkir bertingkat seperti di Hospital Selayang, Selangor bagi mengatasi masalah kesesakan parkir di Hospital Melaka di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, petimbangan itu diberikan selepas cadangan untuk menyediakan bas henti-henti tidak dapat dilaksanakan.

Katanya, Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama) memaklumkan tidak dapat merealisasikan inisiatif terbabit kerana kekangan yang dihadapi syarikat.

MUHAMAD AKMAL SALEH

“Kerajaan negeri sedang mendapatkan beberapa syarikat bas lain bagi menyediakan perkhidmatan berkenaan selain turut mempertimbangkan pembinaan parkir mekanikal bertingkat seperti di Hospital Selayang.

“Kita akan ambil teknologi yang digunakan di Hospital Selayang untuk dibawa ke Hospital Melaka. Kita akan cari kawasan yang sesuai dan peruntukan yang diperlukan untuk membina parkir bertingkat ini,” katanya dalam sidang akhbar Program Wayang Sekampung Merlimau di sebuah pusat belah-belah di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri akan menyediakan tapak parkir khas berpusat di Taman 1 Lagenda bagi mengatasi masalah kesesakan kenderaan di Hospital Melaka.

Pengguna tapak parkir dikenakan caj RM1 sejam dan Panorama akan mengendalikan operasi bas yang membawa pelawat ke hospital.

Tambah Muhamad Akmal, isu kesesakan berkenaan dijangka selesai Mei 2023 selepas kerajaan negeri berusaha mencari pelbagai mekanisme baharu bagi mengatasi masalah tersebut.

Menurutnya, terdapat cadangan untuk menyediakan perkhidmatan valet, namun perkara itu memerlukan pertimbangan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya