Mangsa banjir Kelantan bertambah

Mangsa banjir Kelantan bertambah

SEBAHAGIAN mangsa banjir yang telah ditempatkan di PPS SK Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mangsa banjir di negeri ini bertambah apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka hari ini berbanding satu semalam.

Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang menjadi PPS terbaharu yang dibuka pada hari ini bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Bendang Perol selepas SK Melor, Kota Bharu.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 51 mangsa  ditempatkan di dua PPS tersebut.

Daripada jumlah tersebut, PPS SK Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 37 orang.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepas paras bahaya iaitu 9.23 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya