Lua Pei Ling terima Anugerah Pingat Emas Alumni UMS

Lua Pei Ling terima Anugerah Pingat Emas Alumni UMS

LUA PEI LING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU :  Graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Alumni pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-24 yang diadakan semalam.

Lua Pei Ling, 23, penerima anugerah tersebut setelah meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.85 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi).

Menurutnya, beliau amat berbesar hati menerima anugerah ini dan tidak menyangka mendapat anugerah tersebut kerana ramai pelajar yang lain lebih berbakat dan cemerlang sama sepertinya.

“Kunci kejayaan saya adalah saya seorang yang suka belajar benda baru jika ada peluang saya akan ambil untuk mencuba yang terbaik,” katanya.

Beliau yang berasal dari Johor berkata had masa adalah kekangan yang dihadapi beliau terutama ketika tahun akhir kerana harus berbahagi masa dengan komitmen dalam Program Felo Perdana, YSEALI Academic Fellowship

dan Higher Education Malaysia Association serta menyiapkan projek tahun akhir sehingga berasa putus asa dan ingin menangguhkan pengajian.

“Saya sangat bersyukur mendapat penyelia yang sentiasa membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan projek tahun akhir,” katanya.

Beliau berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana sekiranya ditawarkan biasiswa. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN